Tuesday, May 19, 2009

PERTANDINGAN PENGISAHAN KENEGARAAN 2009 PERINGKAT NEGERI SARAWAK


Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2009 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan di Dewan Masyarakat Daerah Meradong pada 17 Mei. Seramai 5 kumpulan peserta yang telah mengambil bahagian iaitudari daerah Sarikei, Saratok, Bintulu, Limbang dan Lawas. Tetamu kehormat yang dijemput merupakan YB Dato Sri Asfia Bin Awg Nassar, Speaker DUN Sarawak merangkap ADUN N.36 Semop, YB Abu Seman Jahwie, ADUN N. 38 Jamoreng merupakan Setiausaha Politik Kepada ketua Menteri Sarawak, En. Resat Bin Salleh, Pengarah Penerangan Sarawak, Residen Sarikei, Timbalan Pengarah Penerangan, Pegawai Daerah, Ketua Jabatan serta ketua masyarakat kawasan setempat.


Seramai 27 orang Ahli Kelab Setia SMK Meradong telah dijemput untuk menghadiri Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 2009 Peringkat Negeri Sarawak. Pihak guru bercadang untuk menghantar pelajar mereka untuk menyertai pertandingan pengisahaan pada tahun hadapan.


Guru Penyelaras Cikgu Sii An Nie bersama rakan guru dari sekolah yang sama.



Persembahan Kebudayaan Dari Komuniti Bestari Kbg. Melayu Bintangor. Sungguh berbakat.



Kumpulan Generasiku dari Lawas telah menjadi johan pertandingan. Lihat gaya persembahan mereka sungguh memukau penonton dan hakim membawa dalam suasana kesedihan dimana mereka mengisahkan tentang kisah Rosli Dhobi.

Thursday, February 12, 2009

MENGENALI MERADONG

Daerah Meradong mendapat namanya daripada Sungai Meradong yang mengalir di merentasi daerah ini. Pekan Bintangor adalah pusat pentadbiran daerah Meradong. Kedudukan Pekan Bintangor yang berhampiran dengan dua buah bandar utama iaitu bandar Sarikei dan bandar Sibu masing-masing sejauh 15 km dan 55 km sedikit sebanyak menyumbang kepada pembangunan daerah ini yang terkenal dengan jolokan “bandar limau” di negeri ini

Daerah ini dahulunya dikenali sebagai Daerah Kecil Binatang sejak tahun 1930an lagi. Sebuah Pejabat Daerah Kecil (bangunan papan) dibina di atas sebuah bukit (di Jalan Mahkamah sekarang) bertindak sebagai pusat pentadbiran bagi daerah ini ketika itu. Ia telah dinaiktaraf sebagai daerah penuh pada tahun 1948. Menurut cerita masyarakat di sini, asal–usul nama “Binatang” pada daerah ini adalah berikutan satu masa dahulu kawasan ini menjadi tumpuan dan tempat berkumpul binatang seperti monyet, pelanduk dan sebagainya yang sering berkumpul di sini. Maka kawasan ini yang masih dilitupi hutan belantara ketika itu pun dinamakan “Binatang”. Perubahan nama “Binatang” ke “Bintangor” hanya dilakukan pada tahun 1973 apabila Sarikei dinaiktaraf ke Bahagian yang diambil sempena nama pokok Bintangor yang banyak didapati di sini pada ketika itu. Pokok Bintangor dipercayai boleh menjadi penawar Acquired Immune Deficiency Syndrome (AIDS).

Tarikan Meradong

Mercu tanda daerah Meradong adalah “ Limau Bintangor” yang anda boleh lihat sendiri di Pekan Bintangor. Limau Bintangor adalah tarikan utama bagi daerah Meradong ini dengan kebanyakannya ditanam di sepanjang kawasan pinggir sungai dan di sepanjang jalan menuju ke Pekan Bintangor ini.

Satu lagi tarikan terkini daerah Meradong adalah jambatan yang berwarna merah merentasi Sungai Meradong yang lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan sebagai “Meradong Red Bridge”. Selain itu, Kueh Tupi Sago antara makanan tradisional yang diperbuat dari-pada sagu juga satu tarikan bagi daerah ini yang unik.

Daerah ini juga terkenal dengan limau susu yang sering mendapat permintaan tinggi di kalangan pengemar buah tersebut. Begitu juga dengan limau pamelo yang banyak didapati di sini.

Meradong dan Masyarakatnya

Penduduk

Daerah Meradong terdiri daripada kaum Iban, Melayu, Melanau, Cina dan lain-lain. Berdasarkan Banci penduduk pada tahun 2000 jumlah penduduk di Daerah Meradong adalah 29,917 orang. Selepas Persempadanan Semula pada tahun 2002, jumlah penduduk kini adalah berjumlah 24,368 orang. Kebanyakan penduduk di sini terlibat dalam kegiatan pertanian seperti penanaman lada, padi, limau, kelapa sawit, getah, koko. Selain itu mereka juga menternak ayam, lembu dan kambing. Ada juga yang terlibat dalam industri pembalakkan. Mereka yang tinggal di bandar pula menjalankan perniagaan dan ada juga yang berkerja di industri perkilangan (kilang papan lapis).

Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini adalah satu-satunya PPK yang memiliki dan mengurus mini estet padi berkelompok seluas 400 hektar di Bundong Sian, Bintangor. Projek ini telah memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan tetap kepada 129 orang peserta Pengeluaran Pertanian Pada tahun lepas, daerah ini telah mengeluarkan kira-kira 2,916 tan (padi sawah) dan 460 tan (padi bukit) manakala bagi pengeluaran limau pula sebanyak 2,710 tan (limau susu) dan 1,355 tan (limau bintangor).

Kebanyakannya bagi memenuhi pasaran tempatan. Selain itu, jumlah pengeluaran bagi tanaman lada 2,376 tan manakala bagi pengeluaran sayur-sayuran pula sebanyak 10 tan.

Jaringan Pengangkutan Yang Baik

Anda boleh menggunakan kenderaan persendirian ataupun pengangkutan awam seperti bas dari Pekan Bintangor ke Sarikei yang mengambil masa perjalanan selama setengah jam atau 44 km dan begitu juga kalau hendak ke Sibu yang mengambil masa lebih daripada setengah jam perjalanan atau sejauh 55 km sekiranya anda menggunakan jalan Lanang.

Pengangkutan sungai seperti perahu panjang dan bot persendirian masih digunakan penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran sungai untuk datang ke Pekan Bintangor.

Kemudahan

Sebahagian besar penduduk di daerah ini menerima kemudahan bekalan air bersih, begitu juga dengan bekalan elektrik. Kemudahan telefon pula kebanyakannya bertumpu di kawasan Pekan. Di daerah Meradong, aspek pendidikan tidak pernah diabaikan. Daerah Meradong juga telah melahir ramai tokoh pendidik yang telah mendapat pendidikan contohnya di Maktab Perguruan Rajang yang terletak di Jalan KJD iaitu 16 km dari Pekan Bintangor.

Maktab Perguruan Rajang, yang diwujudkan melalui Rancangan Columbo pada tahun 1967 adalah hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan New Zealand telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan pendidikan terutamanya di Wilayah Tengah Sarawak sehingga ke hari ini.

Pendidikan pra-sekolah juga dititikberatkan di sini dengan 11 buah tadika yang dikendalikan pihak KEMAS dan empat buah tadika yang dikendalikan pihak
swasta. Setakat ini, terdapat 27 sekolah kebangsaan yang mana 10 daripadanya adalah sekolah berasrama. Bagi sekolah jenis kebangsaan pula terdapat 15 buah dan hanya sebuah sekolah kebangsaan (Bantuan Mission). Terdapat dua buah sekolah menengah kebangsaan (SMK) iaitu SMK Maradong dan SMK Bandar Maradong manakala dua buah sekolah menengah bantuan (SMB), iaitu SMB Kai Chung dan SMB Tong Hua.

Projek Pembangunan

Sebanyak 339 buah projek kemudahan sosial di bawah peruntukan persekutuan dan 123 buah projek di bawah peruntukan negeri telah dilaksanakan setakat ini.

Friday, August 15, 2008

TAKLIMAT PENGENALAN KELAB SETIA SMK MERADONG



Taklimat Pengenalan Kelab Setia SMK Meradong telah dijalankan pada 15.07.2008 oleh Pegawai Penyelaras dimana ahli begitu tekun untuk mengetahui lebih tentang Misi, Objektif dan Hala Tuju Kelab Setia. Ini merupakan taklimat pertama telah dijalankan oleh PP Abg Khaider di SMK Meradong semenjak berpindah ke Pejabat Penerangan Daerah Meradong. Kerjasama Guru Penyelaras dan Ahli Kelab Setia sungguh memuaskan.

Friday, August 8, 2008

SENARAI JAWATANKUASA SESI 2008/2009



Senarai Ahli Jawatankuasa bagi sesi 2008/09








Pengerusi : Benmara Ak Robin
Timbalan Pengerusi : Catherina Lau
Setiausaha : Elizabeth Rinta Gaung
Penolong Setiausaha : Reenie Douglas Aping
Bendahari : Remayah Sadang
















Ahli Jawatankuasa (10 orang dipilih, 2 orang dilantk)
i. Majit Anjai




ii. Alicentra Ak Domit




iii. Nayan Gelagan




iv. Betty Ak Seman




v. Winnie Nalun Langgat



vi. Viviany Thian




vii. Elexis Intan




viii. Carollyn Ak Paran




ix. Samuel Kilat




x. Jacquolinny




xi. Uniliy




xii. Jacqualine Tony












Nama Guru Penyelaras : a. Cikgu Sii An Nie




b. Cikgu Azma Che Busu
































































































































Wednesday, June 18, 2008

LATAR BELAKANG KELAB SETIA

Latar Belakang KELAB SETIA

a. Kelab Setia ditubuhkan pada tahun 1995 adalah merupakan satu konsep kegiatan bersepadu secara perkongsian pintar (smart partnership) antara Jabatan Penerangan Malaysia dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

b. Kelab Setia telah dilancarkan oleh Y.B. Dato’ Mohammed Rahmat, Menteri Penerangan Malaysia, pada 26 Disember 1995 di Seremban, Negeri Sembilan.

c. Kelab Setia adalah sebuah kelab yang ditubuhkan di sekolah menengah sebagai satu kegiatan ko-kurikulum pelajar.

Keterangan Logo:

Logo ini berbentuk ‘S’ yang membawa erti ‘SETIA’.

Simbol ‘manusia’ yang berbentuk ‘S’ membawa maksud generasi muda yang cintakan perpaduan dan keharmonian.
Bentuk 'S' yang swiring dan seirama membawa pengertian teknik komunikasi massa dan bersemuka. Simbol ini juga menunjukkan helaian buku yang melambangkan pelajar yang berakademik dan berkualiti.
Gabungan warna bendera Malaysia yang terdapat di dalam logo tersebut merupakan lambang penghormatan terhadap perlembagaan negara.
Simbol bunga raya pada hujung huruf 'S' menunjukkan bunga kebangsaan manakala lima 'titik merah' di hujung 'S'menunjukkan lima prinsip Rukunegara.
Pengertian Warna :Biru : Melambangkan perpaduan dan keharmonianMerah : Melambangkan keberanian dan kegigihan pelajarKuning : Cinta dan setia kepada raja dan negaraPutih : Keikhlasan dan ketulusan

Visi

Kelab Setia sebagai sebuah kelab yang unggul dalam melahirkan generasi yang setia, bersemangat patriotik dan berdaya saing.

Misi

Menterjemahkan dan merealisasikan hasrat kepimpinan negara untuk membentuk generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang melalui pendekatan komunikasi yang strategik.

Konsep

Kelab Setia ialah sebuah kelab ko-kurikulum yang ditubuhkan sebagai saluran komunikasi bagi membentuk pembangunan minda pelajar melalui prinsip Enam Setia (6S).

Moto

"Penggerak Generasi Terbilang"

Objektifa. Melahirkan pelajar yang mempunyai semangat setia dan cintakan negara.b. Membentuk generasi yang cintakan perpaduan dan keharmonian.c. Mendedahkan pelajar kepada sistem amalan demokrasi berparlimen.d. Melahirkan pelajar yang berketrampilan dan proaktif melalui teknik komunikasi massa dan bersemuka.e. Membentuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar.

Aktiviti

a. Majlis interaksi sesama ahli
b. Majlis taklimat/ceramah
c. Lawatan Sambil Belajar
d. Ekspedisi
e. Khemah Kerja
f. Kerja Sosial
g. Kursus Sivik
h. Bengkel / Seminar
i. Pilihanraya atau kaedah lain pemilihan
j. Menyertai majlis kerajaan/sambutan/kebesaran peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
k. Aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai dan berfaedah

Prinsip Enam Setian (6S)

Prinsip Enam Setai atau 6S adalah nilai-nilai kesetiaan yang akan diterapkan di dalam setiap ahli Kelab Setia melalui setiap aktiviti ko-kurikulum dilaksanakan iaitu :

a. Setia Murni
Menerapkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, jujur, amanah, ikhlas, dedikasi, berdisplin, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur.

b. Setia Diri
Meningkatkan motivasi diri untuk mencapai kejayaan cemerlang dari segi emosi, jasmani, rohani dan intelektual.

c. Setia Keluarga
Menanamkan perasaan sayang dan cinta kepada keluarga.

d. Setia Sekolah
Membentuk diri supaya patuh kepada displin dan peraturan sekolah bagi meningkatkan kecermelangan akademik.

e. Setia Bangsa
Meningkatkan semangat patriotik ke arah pembinaan Bangsa Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

f. Setia Negara
Prinsip ini merupakan agenda patriotik iaitu ketaatan dan patuh kepada negara ke arah mencapai Satu Bangsa, Satu Negara, Malaysia Tanah Airku.